Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Sunday, April 28, 2013
Mahatma Gandhi


1.0  PENGENALAN
Penjajahan barat di India merupakan faktor utama yang melahirkan perasaan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan. Kedatangan barat ke India adalah bertujuan untuk mendapatkan barangan daripada Timur seperti rempah ratus dan sutera. Kedatangan British di India telah mewujudkan satu perubahan yang sangat ketara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Hal ini berlaku apabila British berjaya muncul sebagai sebuah kerajaan yang utuh  di India pada tahun 1740. Pada 10 Mei 1857 di Meerut telah berlaku satu pemberontakan masyarakat India yang terbesar terhadap British yang lebih dikenali sebagai Dahagi India. Pemberontakan ini berlaku disebabkan oleh dasar politik, pentadbiran, ekonomi, sosial dan ketenteraan British yang telah diperkenalkan di India. Dasar-dasar yang diperkenalkan British tidak mendapat sambutan yang baik dalam kalangan masyarakat India dan seterusnya menyebabkan masyarakat memberontak.
Setelah British berjaya menguasai India selama  tiga puluh tahun sehingga abad ke-19, pemikiran-pemikiran dan tindakan-tindakan orang India mula berubah yang akhirnya membawa kewujudan perasaan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat India. Salah satu tokoh nasionalisme yang telah muncul di India iaitu Mahatma Gandhi. Beliau merupakan tokoh penting dalam membawa perubahan politik masyarakat India iaitu semasa menuju kemerdekaan di India.  Seterusnya, beliau telah berjaya memberi sumbangan yang cukup besar dalam pergerakan nasionalisme di India. Gerakan nasionalisme yang dibawa oleh Mahatma Gandhi membawa perubahan kepada masyarakat India dan seterusnya menyebabkan beliau amat dihormati dan disayangi  oleh masyarakat di India.
2.0  LATAR BELAKANG MAHATMA GANDHI
2.1 Keluarga
Nama sebenar Mahatma Gandhi ialah Mohandas Karamchand Gandhi. Beliau dilahirkan pada 2 Oktober 1869 di Porbandar bahagian Gujarat, India. Pada tahun 1876, mereka telah berpindah ke Rajkot dan ayahnya bernama Karamchand dilantik  Dewan iaitu Perdana Menteri kepada Putera kawasan tersebut( rana ) manakala ibunya pula dikenali sebagai Putlibai dan seorang Isteri yang taat pada ajaran agama  Hindu. Keadaan Mahatma Gandhi yang bebas untuk berfikir dan juga dapat mewujudkan cara pemikirannnya sendiri bermula dengan pengaruh politik ayah beliau dan juga ketaatan ibu beliau dalam agamanya. Pada usia Mahatma Gandhi mencecah 13 tahun, beliau telah dikahwinkan dengan Kasturbai Makanji mengikut adat India, namun pada usia beliau 15 tahun beliau diduga dengan kematian anak beliau dan satu minggu kemudian ayah beliau turut meninggal dunia.

2.2 Pendidikan
            Pada usia beliau 18 tahun, ahli keluarga Gandhi bercadang untuk menghantar beliau untuk belajar undang-undang  di London, England. Walaupun tidak mempunyai minat dalam bidang undang-undang namun beliau terpaksa pergi untuk memenuhi permintaan keluarga. Setelah tamat pengajian di England dalam bidang undang-undang, Gandhi telah pulang ke India pada tahun 1891 tetapi beliau tidak mendapat sebarang pekerjaan. Pada tahun 1893, Ghandi telah menerima satu tawaran bagi mengubah kehidupannya iaitu bekerja di Afrika Selatan secara kontrak selama satu tahun. Pengalaman beliau di Afrika Selatan telah mengubah hidup beliau, hal ini kerana ketika beliau berada di sana beliau telah menyaksikan sifat perkauman yang sangat melampau dan diskriminasi yang jarang ditemui di India.
 Gandhi telah menerima rungutan-rungutan dan dirinya sebagai seorang peguam bela, beliau merasakan dirinya patut membela isu-isu dan hak asasi masyarakat. Ghandi telah dikeluarkan dari tempat duduknya oleh orang kulit putih kerana membeli tiket yang hanya diduduki oleh orang kulit putih  akibat dari dasar Apartied iaitu perbezaan warna kulit ketika itu berlaku. Gandhi mulai sedar mengenai layanan masyarakat India di negara mereka sendiri. Beliau merasa hairan mengapa masyarakat India tidakmembantah negara mereka dijadikan sebahagian empayar British sedangkan mereka tidak diberikan layanan yang seadilnya. Beliau juga beranggapan beliau patut memimpin masyarakat dalam gerakan politik yang menentang diskriminasi kaum.


PERJUANGAN MAHATMA GANDHI
3.1 Penggunaan Prinsip Satyagraha
            Mahatma Gandhi telah menunjukkan satu perjuangan yang menakjubkan kerana melakukan perjuangan yang tidak bersifat keganasan. Satyagaraha merupakan satu desakan atau paksaan atas kebenaran manakala dalam bidang politik Satyagraha merupakan satu cara yang dilakukan tanpa keganasan untuk melawan pihak tertentu dan memaksa mereka untuk mengubah keputusan. Hormat dengan pihak yang kita tentang merupakan satu ciri yang unik doajarkan oleh Gandhi. Gandhi mengatakan bahawa Satyagraha tidak diperolehi daripada keganasan fizikal tetapi menggunakan kuasa kasih saying yang positif dan kerjasama antara minda, dan masyarakat. Gandhi telah menyatakan bahawa penderitaan akan membuatkan manusia lebih memahami dan memuaskan hati dalam petikannya :
Gandhi pernah menggunakan kaedah Satyagraha semasa berada di Afrika Selatan apabila beliau mendapat tentangan untuk pergi ke United Kingdom untuk memperjuangkan hak kerakyatan mereka di Afrika Selatan. Gandhi yang tidak bersetuju dengan penuh sopan dan berhemah menawarkan untuk menanggung sendiri akibat dan kesan atas keputusannya untuk pergi memperjuangkan hak masyarakat India. Hal ini kerana ketidakpuashatian beliau terhadap penggubalan undang-undang di Transvaal mengenai pendaftaran rakyat India.
Pada 22 Ogos 1906, pemerintah Transvaal mengumumkan satu peraturan yang sangat merendahkan kaum India di Afrika Selatan. Dalam pengumuman itu dinyatakan bahawa penduduk India, lelaki maupun perempuan, serta anak-anak yang berumur 8 tahun ke atas, wajib dilaporkan kepada penguasa setempat. Mereka harus patuh dengan meletakkan cap jari, kemudian mereka akan menerima sijil yang harus selalu dibawa ke mana saja mereka pergi. Seseorang yang tidak dilaporkan dan tidak meletakkan cop jarinya akan kehilangan hak memiliki tempat tinggal, boleh dipenjara, didenda dan dibuang daripada Transvaal. Tanpa ragu, Gandhi telah menggunakan kempen tanpa kekerasan untuk melaksanakan perjuangan beliau. Dalam tempoh masa 8 tahun, Gandhi telah mencapai persetujuan dengan kerajaa  Afrika Selatan pada 1914 dan kembali semula ke India.
Sekembalinya Gandhi daripada Afrika Selatan para petani daripada Champaran pada tahun 1917 telah menemui beliau dan meminta pertolongan untuk membantu kerana penindasan oleh pemilik tanah daripada Barat. Champaran merupakan daerah yang terletak di kaki bukit gunung Himalaya di wilayah Bihar. Petani daerah ini telah dipaksa oleh tuan tanah  untuk menanam nila dalam keluasan  kira -kira 15% daripada tanah mereka. Selain itu, mereka tidak mempunyai pilihan untuk menjual tanaman dan harga yang telah ditetapkan oleh pemilik daripada  tuan tanah daripada barat. Disebabkan hal tersebut, mereka menjadi miskin dan mahukan kebebasan dari  pemilik tanah daripada barat. Kerajaan British telah mengarahkan Gandhi untuk meninggalkan Champaran tetapi beliau enggan dan  bersifat tegas mengenai pendapatnya. Apabila kerajaan tahu bahawa Gandhi kemungkinan akan menimbulkan masalah untuk itu, sebuah jawatankuasa telah dilantik untuk mengkaji keadaan para petani.Gandhi juga adalah seorang ahli jawatankuasa itu. Sebagai satu laporan jawatankuasa itu, para petani adalah bebas daripada cengkaman pemilik tanah barat  dan berasa lega.

3.2 Perarakan Garam
            Pada tahun 1929, Mahatma Gandhi telah meyakinkan INC untuk menuntut kemerdekaan dalam tempoh masa setahun. Walaubagai manapun, kerajaan British telah memberikan respon yang negative dengan mengenakan cukai yang tinggi terhadap garam. Oleh itu, untuk membuatkan kerajaan sedardengan kuasa rakyat India, Gandhi telah menganjurkan Perarakan Garam untuk membuat bantahan terhadap kenaikan cukai garam. Garam secara tradisinya dihasilkan oleh orang tempatan terutamanya di bahagian pantai sebelum diedarkan ke kawasan pedalaman. Semasa perarakan, Gandhi telah didatangi ribuan rakyat India yang datang untuk mendengar syarahan beliau. Disebabkan beliau tidak melihat perbezaan jantina dalam usaha melawan kebebasan, beliau telah mengeluarkan satu penyataan iaitu:
Pada keesokan harinya, Gandhi dan pengikutnya telah berarak hamper 250 batu di Pusat Garam India iaitu Bandar yang dikenali sebagai Dandi di Gujarat pada tahun 1930 untuk menunjukkan bahawa rakyat India mampu berdiri sendiri tanpa British,Gandhi telah menghasilkan garamnya yang tersendiri. Perarakan akibat garam dilakukan daripada kenaikan cukai garam yang sangat membebani rakyat dan telah berarak dari Sabarti Ashram di Ahmadabad ke Dandi di Pantai Gujerat yang diikuti oleh rakyat.  Kerajaan British telah membalas perlakuan tersebut dengan memenjarakan Gandhi dan 50 000 rakyat India yang turut serta dalam perarakan tersebut. Selepas rundingan yang panjang, British setuju untuk membebaskan semua rakyat India yang dipenjarakan sekiranya Gandhi berhenti daripada membuat bantahan. Untuk mengelakkan hal ini berpanjangan, Gandhi terpaksa untuk bersetuju
3.3 Penubuhan Kongres Kebangsaan India (INC)
Penubuhan Kongres Kebangsaan India ataupun India National Congress (INC) merupakan klimaks terhadap kebangkitan nasionalisme India yang selama ini berada di bawah pemerintahan British. INC telah dipimpin oleh Mahatma Gandhi bermula tahun 1920 sehingga 1939. Parti tersebut merupakan parti politik yang berpengaruh di India hal ini kerana Gandhi telah mengubah polisi partu untuk memberikan perkhidmatan dan keutamaan kepada semua tidak mengira sama ada kelas bawahan atau kelas atasan. Antara isu yang diperjuangkan oleh Ghandi untuk kepentingan masyarakat adalah memperkelakan rang undang-undang untuk menyekat hak orang India dalam memilih ahli ke dewan undangan. Semasa kembalinya ke India, beliau telah memperjuangkan dan menyokong para petani di Bihar dalam menentang British pada tahun 1917. Dengan itu, Ghandi telah jelas membawa isu-isu masyarakat India bagi mempertahankan hak orang-orang India, sehinggakan berjaya melibatkan rakyat agar bersama-sama dalam memperjuangkan kemerdekaan India.
Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim memperjuangkan hak kaum muslim dan hindu di India. Selain itu, kemujudan liga muslim di India adalah untuk memperjuangkan muslim di india yang semakin hari semakin jauh ketinggalan akibat daripada penindasan kerajaan India terhadap kaum muslim. Masyarakat islam dan hindu di India sebenarnya mempunyai pemahaman yang berbeza. Pertikaian antara kedua agama ini terus tercetus di India. Kepentingan umat Islam di India semakin di asingkan. Oleh kerana itu maka muncul idea untuk membina satu organisasi politik yang membela rakyat muslim yang di beri nama Liga Muslim. Pada tahun 1916 Kumpulan liga Muslim telah membuat perjanjian dengan Kongres Kebangsaan India , bahawa india muslim akan bersama-sama berjuang untuk rakyat india dalam mendapatkan kemerdekaan untuk Negara tersebut kerana mengakui bahawa muslim India berhak berbuat demikian kerana mereka juga merupakan warganegara India. Liga muslim di bawah pimpinan Muhammad Ali Jinnah telah berjaya perjuangan mereka dalam bentuk nasionalisme Islam, iaitu mereka ingin membentuk sebuah pemerintahan sendiri bagi umat Muslim.
Gandhi telah menjadi pencetus gerakan politik moden di India, lalu menggerakan gerakan politik moden dengan bercirikan India dan beliau muncul selepas Perang Dunia Pertama. Sekitar tahun 1919, Gandhi telah memulakan penentangan terhadap pembaharuan-pembaharuan Akta Kerajaan India 1919. Hal ini disebabkan keadaan yang tidak menentu di India kerana kesan peperangan yang berlaku. Masyarakat India hidup dalam keadaan kegelisahan dan ditambah lagi dengan kenaikan harga barangan, serta pelbagai sekatan-sekatan yang diwujudkan di India. Kongres Kebangsaan ketika itu amat tidak berpuas hati terhadap kerajaan kerana menganggap pemulihan tersebut tidak mencukupi, mengecewakan dan tidak memuaskan. Oleh yang sedemikian, pada mulanya Gandhi telah megadakan penentangan secara pasif membantah pembaharuan-pembaharuan yang berlaku pada 10 April. Kegiatan tersebut semakin aktif pada 13 April apabila wujudnya tunjuk perasaan, mogok dan rusuhan di beberapa tempat di India seperti Delhi, Gujerat dan Punjab.
           INC telah memasuki pilihan raya yang akan diadakan di India. Jawaharlal Nehru telah dilantik sebagai Presiden INC dan disokong oleh Mahatma Ghandi pada bulan April 1936 untuk pilihan raya 1937. Selepas pilihan raya 1937, didapati bahawa INC telah memenangi kerusi yang dipertandingkan sebanyak 716  kerusi daripada 1161 yang dipertandingkan. INC telah menguasai 74 peratus jumlah kerusi di Madras, 65 peratus di Orissa dan 59 peratus di wilayah Bersatu. Dengan itu, INC telah berjaya untuk menubuhkan kerajaan penuh. Kempen yang dilakukan adalah satyagraha telah membawa kepada kemerdekaan India pada tahun 1947. Dengan ini dilihat bahawa Gandhi turut terlibat dalam gerakan memerdekakan India. 
3.4 Rowlatt Act
Rowlatt Act tahun 1919 merupakan salah satu ancaman keras bagi orang India yang berani mengadakan tindakan politik. Akan tetapi, orang India menentang tanpa rasa takut aturan itu. Sebuah peristiwa mengenaskan pada 13 April 1919 terjadi, di mana rakyat India berkumpul untuk berdoa di lapangan, tentara Inggris di bawah komando Jenderal Dyer menembak rakyat secara membabi buta karena menganggap rakyat akan melakukan pemberontakan. Korban mati berjumlah 379 orang dan sebanyak 1137 orang menderita luka-luka. Peristiwa ini disebut Amritsar Massacre.
Pada 15 April 1918, Jawatan kuasa Rowlatt telah mnegemukakan laporan yang membuktikan kerajaan mempunyai peruntukan undang-undang yang tidak sesuai mengikut keadaan. Kerajaan telah dipanggil untuk menghadapi awal peperangan di India dan mencadangkan penubuhan enakmen khas untuk untuk menangani apabila Akta Pertahanan India mula terbentuk. Antara fungsi-fungsi yang dicadangkan adalah menuntut ganti rugi atas tujuan untuk menyabitkan kesalahan pesalah-pesalah. Selain itu, langkah-langkah pencegahan perlu untuk memeriksa sebarang konspirasi dan perlakuan jenayah. Walaupun kurang sihat, Gandhi telah pergike dewan undangan dan menonton perdebatan yang berlaku. Beliau yakin bahawa rang undang-undang yang bertujuan untuk menyekat hak asasi dan sivil perlu diperjuangkan tanpa mengira kos. Gandhi telah berunding dengan beberapa syarikat-syarikat bersekutu yang rapat dan kemudian menulis surat kepada Viceroy mengenai akibat yang muncul dan keadaan bahaya apabila rang undang-undang itu digubal.
Gandhi juga telah berjalan dan berunding dengan pemimpin-pemimpin India lain tentang bahaya yang muncul apabila rang undang-undang itu digubal. Rang Undang-Undang Rowlatt telah digubal menjadi undang-undang pada Mac 1919, rakyat yang mendengar perkara tersebut merasa terkejut kerana benda yang diperjuangkan bukanlah isu masyarakat tempatan tetapi melibatkan perjuangan seluruh masyarakat India. Gandhi merasakan dia patut membangkitkan semangat dan minat rakyat tetapi tidak dengan menggunakan keganasan. Keadaan tersebut telah digelarkan Hartal oleh Gandhi atau pun bermaksud bantahan pematuhan kebangsaan. Hal ini kerana semua kedai-kedai, premis perniagaan dan pelbagai jenis perniagaan telah ditutup. Gandhi juga telah berkempen secara meluas mengenai prinsip-prinsip yang asas iaitu Satyagraha dan beliau turut menjelaskan bahawa ‘hartal’ tidak akan melanggar mana-mana prinsip

3.5Pendidikan

            Pendidikan bukan sahaja acuan generasi baru tetapi mencerminkan pemikiran masyarakat yang inginkan perubahan. Pengalaman beliau di Afrika Selatan telah mengubah pandangan beliau mengenai politik dan juga membantu beliau untuk melihat peranan pendidikan dalam membantu sesebuah perjuangan. Beliau telah sedar kepentingan pendidikan Barat semasa di Afrika Selatan dan cuba untuk memujuk kaum India agar mengambil kesempatan untuk belajar pendidikan barat. Walaubagai manapun, apabila Gandhi mencecah umur 30-an, beliau telah menentangpendidikan bahasa Inggeris kerana beliau beranggapan bahawa mereka telah diperhambakan dengan menggunakan bahasa tersebut. Gandhi agak marah apabila beliau terpaksa berbahasa Inggeris semasa bersuara tentang Peraturan Dalam Negeri dan tidak menggunakan bahasa ibunda, begitu juga dengan semua dokumen-dokumen rasmi yang telah menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, Gandhi memperjuangkan kebebasan dalam pendidikan agar penguasaan terhadap pendidikan barat seimbang dengan pendidikan ibunda.
3.6 Pengenalan Swaraj dan Swadeshi
            Swaraj boleh diertikan sebagai kebebasan ataupun memiliki undang-undang yang tersendiri manakala Swadeshi bermaksud berdikari atau pun berdiri sendiri. Gandhi telah menggunakan perkataan Swaraj bukan hanya untuk menewaskan pihak British dan mengisytiharkan kemerdekaan tetapi beliau menginginkan perubahan. Gandhi tidak mahu   mengikuti apa yang telah dilakukan oleh British kerana beliau beranggapan perkara tersebut tidak menunjukkan kebebasan. Gandhi menginginkan system nilai dan gaya hidup British digantikan dengan cara hidup yang lebih mudah, lebih bersifat keagamaan dan tidak bersifat perkauman. Beliau telah menyatakan
Menurut Gandhi, masyarakat baru yang berpegang dengan cara hidup yang lama adalah hamnpir sama dengan kehidupan masyarakat kampung. Gandhi menginginkan agar India yang baru dapat memberikan kesamarataan dan keadilan kepada setiap agama kerana beliau sangat menentang perbezaan antara kaum di India. Dalam sebuah petikan yang ditulis oleh beliau yang menekankan tentang suasana kampung yang diinginkan oleh beliau adalah bersifat republik, jiran-jiran bebas melakukan apa yang mereka inginkan tetapi semua masyarakat perlu saling bergantung antara satu sama yang lain
Gerakan Swadesi yang merupakan cetusan daripada Gandhi telah memberikan  satu  penentangan terhadap imperialisme, hal ini kerana  gerakan Swadesi secara tidak langsung menyentuh sektor ekonomi  iaitu rakyat mula dengan aktiviti menanam kapas sendiri, memintal benang, menenun sendiri. Implikasinya adalah mereka sangat menghargai hasil karya sendiri, dengan tidak mahu membeli produk-produk Inggeris (boycot action) . Rakyat India terutama anggota Kongres Kebangsaan India tidak boleh membeli barangan buatan Inggeris. Kadang-kala barangan buatan Inggeris akan dibuang dan dibakar seperti yang terjadi di Chouri ChoraGerakan swadesi ini telah menyebabkan imperialisme Inggeris menjadi lumpuh, karena seluruh rakyat tidak mahu membeli barang-­barang buatan Inggeris . Swadesi akhirnya membuahkan hasil. Pihak imperialisme Inggeris mengalah  dan pada tahun 1947 India diberi kemerdekaan kemudian pada tanggal 26 Januari 1950 India telah menjadi Republik India tetapi masih di dalam Commonwealth

4.0 PENUTUP
Sememangnya dapat disimpulkan bahawa Mahatma Ghandi merupakan salah seorang tokoh yang penting dalam memperjuangkan nasib bangsa India dan telah membantu India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947. Seterusnya, beliau telah berjaya memberi sumbangan yang cukup besar dalam pergerakan nasionalisme di India. Gerakan nasionalisme yang dibawa oleh Mahatma Gandhi menyebabkan beliau amat dihormati dan disayangi  oleh masyarakat di India.  Walau bagaimanapun, beliau telah mati dibunuh pada 30 Januari 1948 oleh N.V. Godse iaitu seorang pelampau Hindu kerana pernah melindungi dan menyokong Muslim. Beliau juga telah menunjukkan sikap kesederhanaan dalam kehidupannya. Satyagraha merupakan aspek penting dalam memperjuangkan nasib bangsa dalam arena politik beliau. Walaupun Ghandi telah meninggal dunia, idea-idea beliau masih lagi dikenang dan kekal sehingga hari ini 






0 comments:

Post a Comment