Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, May 7, 2013

PERJUANGAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN KEDAH


INI MERUPAKAN HASIL KERJA KU TIME PRAKTIKAL UTK PELAJAR2 KU D SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM....


Ekonomi Zaman Kolonial

PENDAHULUAN
Ekonomi sangat penting bagi sesebuah Negara kerana dapat meningkatkan dan memajukan negara masing-masing dalam pelbagai aktiviti lain. Keadaan ini turut berlaku di Malaysia iaitu semasa zaman kolonial dimana dengan adanya hasil-hasil bumi yang banyak menjadikan kuasa-kuasa kolonial barat pada masa terbabit mengambil peluang untuk mengeksploitasi keuntungan hasil daripada kegiatan ekonomi di Malaysia. Keadaan ini menjadikan ekonomi pada masa tersebut berkembang dari semasa ke semasa. Sejarah sosioekonomi Malaysia sering dikaitkan dengan pengalaman dalam era penjajahan khususnya semasa penjajahan oleh kuasa-kuasa barat dimana membawa pelbagai perubahan dalam pelbagai aspek terutamanya berkaitan dengan ekonomi Negara.
Kebanyakan ekonomi pada masa kini adalah hasil daripada kemunculan ekonomi pada zaman kolonial kerana banyak dipengaruhi oleh unsur dari barat iaitu British bermula ketika Perjanjian Pangkor 1874, pada masa ini barat telah mula berusaha mengeksploitasi sebanyak mungkin hasil-hasil bumi di Tanah Melayu. Keadaan ini dapat dilihat perbandingan perubahan yang berlaku dalam sosio ekonomi di Malaysia Barat dan Malaysia Timur berdasarkan kepada jenis-jenis komoditi yang tertentu. Selain itu juga dapat dilihat mengenai kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi di kedua-dua bahagian Malaysia iaitu merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Zaman kolonialisme merupakan suatu zaman dimana berlaku eksploitasi kekayaan dan juga penindasan terhadap Negara yang dijajah kerana niat utama mereka adalah bagi mengaut keuntungan semata-mata terutamanya di Tanah Melayu. Oleh itu, golongan seperti pelabur-pelabur Barat serta Cina telah berkuasa dalam mengaut hasil-hasil bumi di Tanah Melayu seperti padi, tebu, getah, kopi, gambir, perlombongan bijih timah, lada hitam, arang batu dan sebagainya dimana masyarakat tempatan masih lagi ditakuk lama iaitu tidak mampu meningkatkan kemajuan kerana berasaskan ekonomi tradisional semata-mata.

JENIS-JENIS HASIL BUMI DI MALAYSIA
PERTANIAN

PALA DAN CENGKIH
            Kegiatan pertanian bagi jenis tanaman seperti pala dan cengkih telah bermula pada awal tahun 1790-an lagi dimana Francis Light telah mendapatkan sejumlah anak pokok cengkih dari Mauritius. Walau bagaimanapun, anak-anak pokok ini telah gagal hidup semasa penanamannya di Pulau Pinang. Semasa penaklukan Inggeris di Kepulauan Moluku pada tahun 1796 telah memberi kesempatan kepada Pulau Pinang untuk mendapatkan benih cengkih dan pala dari sana. Keadaan ini dapat dilihat antara tahun 1789 hingga 1802 iaitu sebanyak 71 266 anak pokok pala dan sebanyak 55 264 anak pokok cengkih telah diambil dari Moluku dan kemudiannya telah dihantar ke Pulau Pinang. Sebahagian daripada anak benih ini telah ditanam di Taman Percubaan Kompeni di Air Itam dan dibeberapa lading orang Eropah di Glugor serta tanah-tanah orang cina. Pada tahun 1818 di pulau pinang terdapat lebih kurang sebanyak 103 929 pokok cengkih dan 78 910 pokok pala.
            Walau bagaimanapun, tanaman cengkih yang diusahakan di Pulau Pinang mula ditinggalkan kerana pokok-pokok tersebut gagal hidup kerana telah mengeluarkan beberapa kali hasil tanaman. Sehingga awal tahun 1840-an hanya beberapa pengusaha Eropah yang masih kekal menjalankan dan mengusahakan tanaman cengkih manakala bagi orang-orang cina pula mereka tidak begitu berminat kepada tanaman ini. Pada tahun 1834, terdapat seluas 615 ekar tanah di Pulau Pinang dan 72 ekar di Seberang Perai telah ditanam dengan tanaman cengkih.
            Manakala bagi tanaman pala pula,dengan kenaikan harga tanaman ini pada tahun 1830-an telah menggalakkan penanaman ini di semua bahagian terutamanya di bahagian Pulau Pinang dan juga Seberang Perai. Keadaan ini dapat dilihat apabila kebanyakan lading-ladang telah diisi dan ditanam dengan tanaman pala iaitu pada tahun 1834 sebanyak lebih 30 buah lading diguna dan diusahakan dengan tanaman pala di kedua-dua tempat tersebut. Kebanyakan ladang-ladang ini diusahakan dan dimonopoli oleh pengusaha-pengusaha dari Eropah manakala penanaman secara kecil-kecilan pula diusahakan oleh orang-orang cina yang tinggal setinggan di kaki-kaki bukit.
            Keghairahan penanaman pala masih lagi diteruskan juga di singapura sejak akhir tahun 1820-an walaupun tanaman itu sudah diperkenalkan pada tahun 1819 di kawasan lereng Fort Canning. Keadaan ini dapat dilihat pada tahun 1834 terdapat lebih daripada 12 ladang ditanam dengan tanaman cengkih dan pala di Singapura serta bilangan ini makin bertambah menjelang tahun 1840 atas sebab-sebab tertentu contohnya pembentukan Persatuan Pertanian Singapura (1836) membantu pengetahuan tentang tanaman tersebut, cara pemberian tanah yang lebih sesuai dan permintaan serta harga yang agak baik lagi stabil. Sehingga tahun 1848, terdapat lebih kurang 71 400 pokok pala yang telah ditanam. Walau bagaimanapun, masalah-masalah seperti serangan penyakit ke atas tanaman-tanaman tersebut menyebabkan berlaku kemerosotan kegiatan pertanian mereka pada akhir tahun 1850-an.


TEBU
            Kegiatan ekonomi yang seterusnya diusahakan di Malaysia ialah tanaman tebu. Tanaman ini dilakukan oleh orang-orang cina terutamanya yang tinggal di kawasan Batu Kawan dan juga di Bukit Tambun iaitu di Seberang Perai antara tahun 1818 hinggalah tahun 1820. Manakala pada awal tahun-tahun 1830-an pula, jumlah kawasan tanaman tebu yang diusahakan oleh orang cina di Seberang Perai adalah melebihi 2 200 ekar dan telahpun menghasilkan kira-kira 1500 ton gula dalam masa setahun. Keuntungan yang dimiliki oleh orang cina dalam pengusahaan tanaman ini telah menarik minat orang-orang Eropah untuk turut serta iaitu pada pertengahan tahun-tahun 1830-an. Menjelang tahun 1850 pula, terdapat beberapa buah ladang besar yang dimiliki oleh orang Eropah iaitu di Pulau Pinang sebanyak dua buah dan juga terdapat di Seberang Perai seperti ladang Arrarendum di utara Seberang Perai, Ladang Tassek dan Laboo Marriam (ladang kepunyaan mubaligh Katolik Perancis), Ladang Victoria, Ladang Celedonia, Ladang Batu Kawan, Ladang Golden Crove dan juga Ladang Krian (iaitu kepunyaan orang Belanda).
            Keadaan ini makin berlarutan dan meningkat sehingga akhir abad ke 19 jumlah keluasan tanah tebu milik orang-orang Eropah di Seberang Perai berada dalam linkungan 10 000 ekar. Manakala pada tahun 1904 jumlah itu semakin meningkat kepada 14 675 ekar. Walau bagaimanpun, peningkatan ini tidak berlarutan kerana telah berlaku kemerosotan besar dalam masa sepuluh tahun yang hanya tinggal sebanyak 6 ekar sahaja. Tanaman tebu juga telah diganti dengan tanaman lain seperti getah dan pada tahun 1906 telah terdapat seluas 4009 ekar tanah di Seberang Perai ditanam dengan tanaman getah. Manakala pada tahun 1914 pula, keluasann tanah bagi tanaman getah telah meningkat kepada 35 554 ekar. Perluasan ekonomi yang dilakukan oleh orang-orang Eropah ini menyebabkan kegiatan penanaman tebu oleh orang Cina semakin merosot dan mereka terpaksa membuka kawasan tebu baru iaitu di Krian, Perak. Jumlah tanah tebu di daerah Krian Perak meningkat dari 1,936 ekar pada tahun 1878 kepada 16,414 ekar pada tahun 1888.
            Penanaman tebu juga telah diusahakan dan diperkenalkan di Singapura iaitu pada tahun 1836 oleh William Montgomerie (Estet Kallangdale) dan Joseph Ballestier (Estet Ballestier). Pada akhir tahun 1840-an, para pengusaha Eropah yang mengusahakan penanaman tebu di Singapura mendapati kegiatan mereka tidak ekonomikal kerana harga pasaran dan had tarif pasaran Eropah menyukarkan mereka meneruskan pengusahaan ini dengan lebih berkesan. Jumlah kawasan yang pernah tertanam dengan tebu di Singapura tidaklah melebihi dari 600 ekar sahaja selama pengusahaan oleh orang Eropah. Manakala di Melaka pula, usaha yang dilakukan untuk memperkenalkan tanaman tebu secara besar-besaran pada tahun 1846 hingga 1847 oleh orang-orang cina adalah tidak Berjaya kerana menghadapi masalah berkaitan dengan nilai tanah yang mahal.



LADA HITAM
            Tanaman eksport yang paling awal diusahakan di Pulau Pinang secara khususnya dan juga di negeri-negeri selat secara amnya adalah lada hitam. Benih pokok lada hitam di Pulau Pinang didatangkan dari Sumatra (Che Kay, kapitan Cina, dengan bantuan kewangan dari Light yang membawa benih lada dari Aceh). Tanaman lada dimulai mungkin di kawasan Sungai Kluang oleh orang-orang Cina. Pada awal tahun 1790-an EIC mendirikan taman-taman percubaan lada di Sg. Kluang dan Air Itam. Orang-orang Eropah, termasuk Light turut menanam lada pada tanah-tanah mereka. Orang-orang Cina lain mengusahakan tanaman ini pada beberapa bahagian lain iaitu di Pulau Pinang. Sehingga tahun 1798 terdapat 533,230 pokok lada di tanam di Pulau Pinang pada tanah seluas antara 700-900 ekar. Tiga tahun kemudian dianggarkan jumlah pokok lada di pulau itu adalah sebanyak 1.25 juta pada tanah seluas antara 1,700-2,200 ekar. Manakala pada tahun 1802 pula Pulau Pinang menghasilkan antara 16-20,000 pikul lada. Tiga tahun kemudian, jumlah hasil lada menjadi 27,000 sepikul. Sistem Benua (Continental System) yang dikenakan oleh Napoleon melalui dikri Berlin (1806) dan Milan (1807) mengeluarkan England dari perdagangan dengan Eropah sehingga menyempitkan pasaran hasil-hasil keluaran koloni-koloni Britain. Pulau Pinang merasa akibat kesempitan pasaran ini kerana kebanyakan ladanya dihantar ke Eropah. Hal ini kerana percubaan menjualkan ladanya ke China tidak begitu berjaya kerana pihak England kurang memberi kerjasama dalam soal pengangkutan.
            Masalah pasaran dan harga yang rendah terus melanda pengeluaran lada di Pulau Pinang walaupun ada ketikanya keadaan tadi agak baik sedikit. Menjelang tahun 1830-an minat terhadap lada semakin kurang kerana para pengusaha lebih tertarik dengan tanaman cengkih dan pala yang mempunyai pasaran dan nilai yang agak baik serta mendapat permintaan tinggi. Walaupun terdapat penamanan lada di Pulau Pinang dan Seberang Perai sehingga tahun 1850-an, tetapi tidaklah begitu banyak lagi sebagaimana penanaman pada tahun-tahun yang sebelumnya.
            Manakala di Melaka pula, penanaman lada seperti juga tanaman eksport yang lain kemudiannya tidaklah begitu meluas. Penanaman tertumpu di ladang seperti di estet Appa Katchee di Batu Berendam, estet Westerhout di barat-laut bandar Melaka, estet de Wind di timur bandar Melaka dan beberapa estet kecil di Bachang dan Bukit Rambai. Mulai tahun 1826 penanaman lada di Melaka mulai merosot. Pada tahun itu jumlah hasil ladanya adalah 6,000 pikul. Pada awal tahun 1830-an jumlah keluaran pada paras 4,000 pikul setahun. Menjelang akhir 1840-an pokok lada tidak lagi penting di Melaka.
            Di Singapura pula, penanaman lada biasanya bergabung rapat dengan penanaman gambir walaupun masing-masing mempunyai lot-lot sendiri untuk penanaman. Perkembangan kedua tanaman ini agak baik pada 25 tahun pertama pembangunan Singapura di bawah Inggeris. Jumlah keluasan tanah yang tertanam dengan kedua tanaman ini meningkat dari 2,350 ekar pada tahun 1836 kepada 5-6,000 ekar pada tahun 1841. Sepuluh tahun kemudian, kawasan kedua tanaman ini beredar ke pendalaman pulau Singapura dan meningkat kepada keluasan 24,220 ekar gambir dan 2,614 ekar lada atau memenuhi tiga perempat dari jumlah keseluruhan tanah pertanian Singapura waktu itu.

UBI KAYU 
            Antara hasil-hasil bumi lain yang turut diusahakan dan dijalankan di Tanah Melayu adalah penanaman ubi kayu iaitu merupakann salah satu kegiatan pertanian yang dimonopoli oleh orang-orang Cina terutamanya di Melaka. Pada tahun 1860 dianggarkan kira-kira 1,000 ekar tanah telah ditanam dengan ubi kayu di Melaka, tetapi pada 1870-an jumlah tanah yang tertanam dengan ubi kayu di luar bandar Melaka adalah sebanyak 20,000 ekar. Selain itu, pada awal abad ke-20 jumlah itu telahpun meningkat sehingga 160,000 ekar dan melibatkan sebahagian besar kawasan di Negeri Sembilan. Manakala di Seberang Perai, Pulau Pinang dan Singapura pula,kegiatan penanaman ubi kayu tidaklah secara besar-besaran sebagaimana yang diusahakan di  Melaka. Biasanya ubi kayu ditanam berserta dengan pemiliharaan babi bagi mengelak daripada haiwan-haiwan perosak yang lain.

KOPI
            Selain itu, terdapat juga pertanian seperti penanaman kopi di Malaysia pada zaman kolonial yang telah diusahakan di beberapa buah negeri. Tanaman kopi merupakan sejenis tanaman jangka masa panjang kerana merupakan tanaman yang tahan lama. Kebanyakan ladang kopi adalah terdapat di sebelah Pantai Barat seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan juga turut terdapat di Sarawak. Ladang-ladang kopi ini kebanyakannya adalah dimiliki oleh orang Eropah seperti British, Belanda dan juga Perancis. Hal ini kerana, kebanyakan mereka sudah mempunyai pengalaman menanam kopi di di Sri Lanka. Terdapat pelbagai jenis kopi yang telah ditanam seperti kopi Iberian dan Arabic dimana mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Keadaan ini dapat dilihat pada akhir tahun 1896 terdapat sebanyak 72 ladang kopi adalah kepunyaan orang-orang Eropah di Selangor sahaja. Penanaman kopi pada masa ini meningkat dan merebak dengan cepat di beberapa buah negeri contohnya pada tahun 1883, terdapat lebih kurang 18 buah ladang kopi di Batu Pahat. Terdapat beberapa syarikat yang produktif menjalankan pengusahaan kopi antaranya seperti Ladang Stock Rochford iaitu sebanyak 319 ekar dann Ladang Farmosa sebanyak 494 ekar di Johor.
            Buruh-buruh di ladang kopi terdiri daripada orang Jawa dan India yang telah dibawa masuk dari Singapura. Menjelang akhir abad ke 19, pengeluaran tanaman kopi di tanah melayu telah mengalami kejatuhan harga di pasaran dunia berikutan persaingan-persaingan yang dihadapii daripada Negara luar. Persaingan ini adalah daripada pengeluaran kopi di Brazil dan juga kerana mengalami masalah serangan penyakit. Kemerosotan harga kopi telah berlaku pada tahun 1896 hingga 1900 disebabkan oleh kopi dari Brazil lebih bermutu tinggi daripada kopi di Tanah Melayu dan penanamannya melebihi permintaan di pasaran dunia. Kesan daripada kejatuhan harga kopi menyebabkan para pengusaha Eropah mengambil jalan baru dengan mencuba dan memperkenalkan tanaman getah. Hal ini kerana, harga getah yang tinggi di pasaran dunia menambahkan lagi minat pengusaha-pengusaha kopi untuk menanam getah.

PADI  DAN GAMBIR
           
Masyarakat Melayu pada zaman penjajahan British adalah berasaskan pengeluaran pertanian. Padi merupakan salah satu tanaman yang diusahankan dengan ditanam secara bendang. Tokoh agung Melayu seperti Zainal Abidin Ahmad atau Za’ba pernah mengusahakan tanaman padi dan beberapa jenis tanaman lain ketika beliau masih kecil dan seringkali membantu ayahnya menanam padi.
 Zaman kolonialisme adalah zaman berlakunya eksploitasi kekayaan, penindasan bagi golongan yang terjajah dan konsep kebebasannya adalah dalam konteks pada orang putih atau 'white man' sahaja. Pengeksploitasian ekonomi terutamanya dalam perusahaan padi khususnya hanya menguntungkan pihak kolonial manakala masyarakat setempat pula terus ditindas dan terus berada ditakuk lama. Malah dengan penguasaan pihak British pada zaman kolonial menyebabkan orang-orang tempatan hilang kekuasaan seterusnya makin terhapus. Hal ini disebabkan oleh dasar yang dilakukan oleh British yang membawa masauk orang Cina dan India untuk penanaman getah serta lombong bijih timah. Pada asasnya, padi pada zaman kolonial adalah untuk membekalkan  makanan kepada penduduk tempatan. Namun begitu padi juga amat penting bagi British kerana bagi merupakan makanan pekerja-pekerjanya. Pada peringkat awal penjajahan British di Negeri Melayu,  beras dimport dari Siam untuk menampung bekalan makanan yang tidak mencukupi di Semenanjung Tanah Melayu yang mengalami jumlah peningkatan penduduk.
Dalam buku Barbara Watson Andaya dan leonard Y. Andaya  menyatakan bahawa pada mulanya kerajaan kolonial tidak mengambil berat tentang penanaman padi secara sara diri ini, namun setelah pelombong timah dan kemudian industry getah menyerap begitu ramai buruh pendatang dan barulah pihak menggalakkan secara aktif orang-orang melayu supaya meningkatkan pengeluaran padi untuk diberi makan kepada penduduk yang semakin bertambah. Pada penghujung abad ke-19 percubaan telah dibuat untuk membawa masuk petani cina dan India tetapi tudak terhasil. Kebanyakkan golongan petani luar tidak berminat untuk menceburi bidang pertanian secar jangka panjang.
Permintaan beras dalam negeri yang semakin meningkat dan belaku pula kemerosotan pekerjaan tradisional seperti kesenian kerja tangan melayu dan perkapalan pesisiran disebabkan oleh saingan bangsa asing telah meluaskan tanaman padi di kawasan tertentu dibarat laut dan timur laut semenanjung. Kedua-kedua ini memang sesuai untuk penanaman padi oleh sebab terdapatnya bekalan air yang mencukupi, perparitan yang baik kecuali daerah kerian, cuaca panas, dan disesetengah kawasan terdapat pula baja asli. Bermula dari tahun 1880-an kaum bangsawan Kedah dalam usaha untuk menggalakkan perluasan penanaman padi di kawasan barat laut. Sementara kerajaan colonial memperkenalkan rancangan perairan secara besar-besaran untuk daerah Kerian dan beberapa projek lain yang kecil boleh dikatakan inisiatif orang-orang melayu sendiri yang bertanggungjawab meningkatkan pengeluaran padi serta meluaskan kawasan penanamannya. Semasa zaman kolonial 60% daripada seluruh kawasan padi ialah barat laut iaitu perlis, kedah, pulau pinang, sebarang perai,dan perak. Manakala 23% adalah di timur laut iaitu Kelantan dan Terengganu.
Perkembangan ini penting oleh kerana penanaman padi tidak pernah dianggap sebagai satu perusahaan yang menguntungkan kecuali bagi kawasan tertentu seperti kedah dan Kelantan. Namun begitu, padi ditanam meluas dikampung-kampung untuk sara diri sahaja. Bagi kebanyakan orang menyewa tanah sawah kerana menghadapi masalah penyewaan, tidak mempunyai sumber kredik dan tidak pernah terlepas daripada hutang. Dengan pengenalan tanaman untuk eksport oleh pengusaha-pengusaha swastar di bawah pemerintah colonial inggeris akhirnya kaum tani melayu mendapat peluang menambah pendapatan mereka dengan tanaman selingan kontan. Walaubagaimanapun kerajaan tidak begitu senang melihat perkembangan ini bukan sahaja harapan untuk menambah pengeluaran padi bagi keperluan penduduk British Malaya yang semakin ramai, tetapi inggeris suka melihat orang-orang melayu kekal mengusahakan tanah mereka untuk menjadi kaum tani yang bermukim.
Setelah tahun 1895 apabila tanaman kontan seperti ubi kayu, gambir dan lada hitam mula merosot, kerajaan telah cuba menawan hati orang-orang melayu dari menanam tanaman komersial yang lain, khasnya getah. Tanaman gambir ini mula diusahakan di johor. Tanaman gambir ini diusahakan secara besar-besaran. Tanaman gambir ini juga diperkenalkan semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar. Tanaman gambir juga banyak diusahakan oleh orang-orang cina dan pemodal eropah pula lebih menumpukan kepada penanaman gambir disebabkan oleh permintaan yang tinggi sebelum penanaman gambir ini mula merosot disebabkan oleh belaku persaingan dengan tanaman lain. Pada tahun 1917 enakmen tanah sawah padi dan enakmen pengekalan kelapa telah diperkenalkan semata-mata supaya menghalangkedua-dua jenis tanaman ini digantikan dengan getah. Tambahan lagi enakmen pengeluran makanan 1981 menyediakan tanah khas bagi tanaman bahan makanan sahaja. Dorongan-dorongan yang lain serta paksaan secara halus di maksudkan bagi pengeluaran bahan makanan terutama padi. Kekurangan bekalan beras yang mencemaskan di tanah melayu antara tahun 1918 dan 1921 menjadikan langkah tersebut satu keperluan yang mendesak.
Walaubagaimanapun terdapat kesilapan besar dalam usaha inggeris menggalakkan penanaman padi dalam kalangan orang melayu. Kerajaan kolonial tidak memberikan sambutan kepada keperluan kredik bagi penduduk kampong dengan syarat-syarat munasabah dan dengan ini seolah-olah menghukum para petani terhadap ancaman dari pemberi pinjam yang akan merampas tanah mereka atau mungkin dihalau oleh tuan tanah yang mereka sewa itu, sebaliknya pinjaman yang sedia ada disalurkan terutama kepada firma-firma Eropah yang terlibat dengan industri ekstraktif. Hinggakan penyelidikan mengenai padi jauh ketinggalan berbanding tanaman lain untuk eksport. Dalam sebarang pertelingkahan kepentingan sama ada dalam hal kewangan, kakitangan atau masa padi sentiasa dikorbankan untuk getah dan emas sebagai tunjang ekonomi British Malaya. Kerajaan kolonial ingin memajukan pembangunan tanah secara jangka panjang dandipercayai tida suatu yang lebih baik dari memajukan industri perladangan yang dibiayai oleh modal Eropah. Pengeluran padi adalah penting akan tetapi tanaman ladang serta lombong biji merupakan sumber pendapatan eksport yang utama untuk British Malaya. Sepanjang pemerintahan kolonial inggeris , kaum tani melayu diperuntukan tempat yang tertentu.
Kesan-kesan yang timbul dari sikap kaum kolonial dan dasar mereka mengenai kaum tani melayu tidak begitu dirasakan disebabkan kemampuan mereka mengabaikan segala enakmen yang ada dan terus menanam serta menjual serba sedikit tanaman kontan. Malahan kaum tani sedia menceburkan diri dalam apa jua usaha yang halal bagi menambahkan pendapatan mereka seperti membekalkan kayu api kepada lombong dan ladang. Walaubagaimanapun sikap inggeris serta dasar pemerintahannya menghalang kaum tani melayu dari mengundur terus dari system kebudayaan dan ekonomi lama mereka yang semakin tidaak bermakna lagisupaya dapat manfaat yang lebih besar dalam struktur sosioekonomi kolonial ini. Berdasarkan analisis yang dibuat, British hanyalah ‘menggunakan’ orang Melayu untuk kepentingan mereka sendiri supaya orang Melayu tidak berkembang pemikiran mereka dengan membuat dasar pecah perintah seperti orang Melayu mengusahakan padi di kawasan pedalaman.



GAMBIR

Industri Minyak Sawit
Tanaman sawit dikatakan berasal dari Amerika Selatan iaitu Brazil. Tanaman sawit telah diperkenalkan di Semenanjung iaitu di Kuala Selangor pada tahun 1850-an tetapi hanya ditanam sebagai pohon hiasan. Namun menjelang tahun 1917 kemunculan ladang kelapa sawit yang pertama telah menampakkan usaha untuk mengkomersilkanya apabila munculnya pengeksportan secara besar-besaran terhadap  tanaman ini . Penggunaanya melibatkan pembuatan sabun, lilin, fluks, menyadur timah, majerin, minyak sayur, gris dan minyak untuk enjin pembakaran. Namun demikian penggunaannya hanya bersifat sedikit sehingga merosotnya harga getah telah menyebabkan pihak syarikat yang terlibat mencari tanaman ganti. Bagaimanapun pembangunan secara besar-besaran dilakasanakan menjelang tahun 1924 apabila tiga buah syarikat getah dalam Guthrie telah menubuhkan Kelapa Sawit Malaya Berhad. Kemudian terdapat firma lain mencuba nasib dalam tanaman ini dan berharap mendapat pulangan yang besar. Modal yang besar dalam pengoperasian memerlukan tenaga yang pakar sering merusingkan pihak kolonial dan secara tidak langsung mengekalkan tanaman ini berdekatan dengan kawasan getah agar mendapat manfaat daripada infrastruktur getah itu sendiri. Kebanyakan ladang sawit terdapat di kawasan pantai barat dan bertambah besar sehingga tahun 1930-an. ladang kelapa sawit pada awalnya telah dibuka di Perak dan di Johor di mana Johor  kemudiannya telah menjadi pengeksport utama kelapa sawit ketika itu. Komoditi ini mencatatkan pertumbuhan pengeluaran yang memberangsangkan contohnya pada tahun 1938 telah berjaya meningkat kepada 58300 tan iaitu 11% daripada pengeluaran minyak sawit dunia. Kemajuan ini telah dibantu dengan kemasukan teknologi baru serta kepakaran yang tinggi dalam teknik penanaman. Menjelang pendudukan Jepun banyak ladang telah musnah serta terbakar. Justeru pengeluarannya terhenti seketika dan bersambung semula selepas perang.

GETAH 
 Pada abad ke-19 kemajuan dari segi penanaman getah semakin bertambah dan getah menjadi tanaman eksport yang terpenting di Tanah Melayu. Boleh di katakana semua pengeluar getah asli dunia datang dari  Brazil. Pada 1820 penggunaan getah asli kira-kra 100 tonne tetapi semakin bertambah dari semasa ke semasa. Peningkatan ini disebabkan oleh permintaan yang semakin tinggi dan belaku kemajuan-kemajuan dalam Negara.
Pokok getah berasal dari Brazil. Sir Henry Wickham berjaya membawa sejumlah biji getah ke England. Biji-biji getah tersebut disemai di Royal Botanical Garden, Kew, London.  Di Singapura, pokok getah ditanam di Botanical Garden. Di Tanah Melayu pula, sebanyak Sembilan batang anak getah mula ditanam oleh Sir Hugh Low ( Residen Perak) di halaman kediamannya di Kuala Kangsar pada akhir tahun 1877. Penanaman awal tidaklah begitu teratur dan tiada penyelidikan saintifik terhadap getah. Peladang-peladang agak ragu-ragu oleh kerana pohon getah belum ditanam secara tanaman lading dan berasal dari Negara luar. Selain itu juga pokok getah ini juga mengambil masa yang panjang untuk matang iaitu antara enam hingga lapan tahun.H.N.Ridley telah tibe di Singapura dalam bulan November tahun 1888 setelah dilantik sebagai Pengarah Kebun Bunga (Botanical Gardens). Beliau telah banyak melakukan uji kaji-ujikaji dan mendesak pihak-pihak tertentu dan akhirnya beliau telah mendapat lading-ladang untuk menanam pohon-pohon getah itu. Semangat beliau meluap-luap menggalakkan penanaman getah sehingga mendapat gelaran “Ridley gila”. Walau bagaimanapun beliau akhirnya berjaya disebabkan ujikaji yang berterusan terhadap pokok getah dan disamping meningkatnya harga getah dunia dan merosotnya pasaran kopi antarabangsa. H.N.Ridley telah mempopularkan penanaman getah sehingga memberi sumbangan seperti memperkenalkan sistem torehan ibedem atau sistem tulang herring pada tahun 1897. Beliau turut memperkenalkan cara mengangkut anak benih secara membungkus dalam arang yang lembap dan keghairahan beliau menjalankan kempen “tanaman getah” dalam kalangan peladang kopi, tebu dan gambir menyebabkan beliau digelar “Ridley Gila” atau “Ridley Getah”. Pokok getah mula ditanam secara komersial
pertama kali pada pertengahan 1890 an di ladang-ladang yang mula-mulanya dibuka untuk tanaman seperti kopi. Para peladang kopi yang mempunyai sumber modal sedia, tenaga pengurusan serta buruh dari India yang dibawa masuk adalah yang mula-mula mencuba menanam getah disebabkan kemerosotan harga kopi. Menjelang abad ke-20 penanaman selingan dengan getah menjadi kebiasaan dikebanyakkan ladang yang ada sehingga tanah baru dibuka untuk penanaman getah . pendek kata getah menjadi tanaman yang ideal bagi memenuhi matlamat jangka panjang untuk memenuhi keperluan Eropah dan pada tahun 1897 peraturan tanah khas telah diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk menggalakkan penanaman getah.
            Permintaan terhadap getah semakin meningkat dengan berkembangnya industri  motokar dan dalam tempoh ini jumlah kawasan yang di tanam getah bertambah lima kali ganda. Menjelang 1908 getah mula ditanam disetiap negeri-negeri di Tanah Melayu berjumlah kira-kira 190000 hektar iaitu telah melebihi kawasan yang ditanam tanaman lain. Langkah-langkah telah diambil oleh kerajaan yang bermanfaat kepada peladang-peladang getah dari segi pengambilan tanah,aliran modal dan peraturan-peraturan buruh bagi mengadakan tapak perluasan industri itu. Terdapat banyak syarikat-syarikat kecil  bertujuan untuk menanam getah sehingga tahun 1908 dan penubuhan-penubuhan syarikat-syarikat ini kebanyakan ditaja oleh firma-firma besar dari Singapura.
            Seterusnya sekali lagi permintaan terhadap penanaman getah semakin meningkat iaitu pada tahun 1909 dan 1912. Di mana syarikat-syarikat besar Eropah membelanjakan jumlah wang yang besar untuk membeli tanah-tanah di Tanah Melayu untuk ditanam dengan getah. Jumlah penanaman getah semakin bertambah berlipat kali ganda dan jumlah kawasan yang dijadikan ladang getah meningkat dengan kira-kira 219 000 hektar. Menjelang 1913 penanaman getah meningkat kepada 322 000 hektar. Selain itu, akhir abad ke-19, keadaan mula berubah apabila berlakunya permintaan getah yang tinggi. Perkembangan ini adalah disebabkan oleh perkembangan yang pesat dari negara-negara perindustrian. Di Amarika Syarikat ketika itu maju dengan perusahaan automobil apabila Henry Ford berjaya mengusahakan pengeluaran kereta secara besar-besaran. Penciptaan tayar angin oleh J.B Dunlop pada tahun 1888 juga mempengaruhi permintaan getah yang semakin tinggi. Selain daripada itu, getah juga diperlukan untuk membuat pelbagai jenis barang keperluan seharian seperti kasut, peralatan elektrik, dan barang keperluan rumah. Dengan berlakunya perkembangan akibat daripada revolusi perindustrian, maka negara-negara perindustrian mencari sumber getah asli bagi menampung pengeluaran produk mereka. Akibat daripada permintaan yang semakin bertambah, harga getah telah melambung tinggi dengan kadar yang cepat. Sehingga mampu mancapai keuntungan sehingga empat kali ganda berbanding dengan kos pengeluarannya.
            Berdasarkan kepada keuntungan yang diperoleh  daripada modal penanaman getah menjelang abad ke-20, ramai pemodal-pemodal daripada Eropah sudah mula tertarik untuk menanam modal dan membeli saham menerusi penanaman getah di Tanah Melayu. Contohnya Sime Darby, Guthrie, Harrisons & Crosfield, United Plantations, dan Boustead-Beuttry Estate Agency House. Perkembangan ini juga adalah disebabkan oleh wujudnya kestabilan politik di Tanah Melayu. Dengan adanya penglibatan pelabur-pelabur asing dan pemodal saham inilah yang menjadi penyumbang terbesar dalam perkembangan perindustrian getah. Secara tidak langsung, keadaan sedemikian membantu dalam meluaskan lagi kawasan penanaman getah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Syarikat-syarikat yang terlibat dengan perusahaan getah memperoleh keuntungan yang lumayan sehingga mampu membayar dividen sekitar purata 68% kepada pemegang saham syarikat.
Peningkatan keluasan ladang-ladang getah berlaku dengan pesat sekali. Jika dilihat berdasarkan sumber kuantitikasi keluasan tanaman getah di Semenanjung, seluas 345 ekar dicatatkan pada tahun 1897 kemudian melonjak naik kepada keluasan yang mencatatkan jumlah mencecah ke angka 1,228,661 ekar pada tahun 1922. Jumlah pengeluarannya pula menunjukkan peningkatan yang positif apabila berjaya mencatatkan pengeluaran yang memberangsangkan iaitu dari 130 tan pada tahun 1905 kepada 214 000 tan pada tahun 1922. Berdasarkan statistik, pada tahun 1920, Tanah Melayu telah berjaya  menghasilkan sebanyak 53 % daripada jumlah pengeluaran getah dunia.  Melihat kepada harga getah pula, pada tahun 1910 dan 1912, harga getah melambung tinggi sehinggakan mampu mencecah kepada 5.00 syiling per poun. Harga yang dicatatkan adalah mengikut nilai pasaran London dan Liverpool.
            Akibat permintaan yang tinggi daripada negeri-negeri perindustrian, maka berlakulah aktiviti import dan eksport. Getah yang dieksport ke London adalah dalam bentuk lateks atau mentah dan belum diproses lagi. Kemudian negara yang memerlukan getah akan mengimport  getah daripada London. Aktiviti sedemikian dengan jelas memberi keuntungan kepada pihak British apabila British memperoleh keuntungan daripada aktiviti import dan eksport ini. Keuntungan yang diperoleh adalah disebabkan berlakunya aliran penukaran mata wang asing. Hasil daripada pengeksportan getah, maka British menggunakan keuntungan yang diperoleh sebagai modal pusingan bagi kerajaan British. Antaranya adalah digunakan untuk membaiki jalan kereta api dan jalan raya di Tanah Melayu. Pelabuhan yang dibina juga merupakan hasil daripada pulangan modal yang diperoleh daripada kutipan cukai dan keuntungan daripada penukaran mata wang asing. Selain daripada itu, keuntungan yang diperoleh digunakan bagi menanggung bebanan hutang perang. Penguasaan British dalam sektor ekonomi membolehkan British membawa pulang keuntungan yang diperolehi ke negara asal mereka.
Kerajaan British sememangnya memberi galakkan kepada peladang-peladang yang ingin menanam getah. British mengenakan cukai yang rendah terhadap getah yang dieksport. Cukai yang rendah ini mampu mendorong dan menggalakkan lagi pelaburan-pelaburan daripada syarikat-syarikat besar di Eropah terhadap perusahaan getah ini. Bantuan kewangan juga diberikan untuk mengimport buruh-buruh asing terutamanya buruh-buruh dari India Selatan. Perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil dari usaha untuk membawa imigran-imigran dari Selatan India terutamanya dari Madras. Pelbagai kemudahan telah diadakan bagi menggalakkan kedatangan orang India seperti Tabung Percuma, tempat tinggal dan lain-lain. Pada tahun 1907, tabung imigran orang-orang India telah ditubuhkan bagi menguruskan kedatangan orang India. Pada tahun 1912, Undang-undang Buruh dilaksanakan bagi mengelakkan penindasan majikan kepada buruh-buruh ladang. Imigran-imigran India dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Kontrak (Identuru), Sistem Kangani, buruh bebas yang dibantu dan yang tidak dibantu. Usaha untuk bantu orang-orang India ke Tanah Melayu bertambah mudah kerana adanya hubungan kerjasama Kerajaan British di India dan Tanah Melayu. Kedatangan ramai imigran India telah membolehkan lebih banyak ladang-ladang dibuka di Tanah Melayu. Orang India memberi sumbangan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dan mereka dianggap sebagai rakyat yang kuat dan rajin bekerja, mudah dikawal dan tidak bercita-cita tinggi. Mungkin menjadi persoalan mengapa perlu membawa imigran-imigran dari India untuk mengusahakan getah di Tanah Melayu. Jawapan kepada persoalan ini adalah disebabkan oleh sikap orang tempatan itu sendiri yang tidak berminat untuk bekerja sebagai buruh. British pula menganggap bahawa status quo susunan masyarakat tempatan yang sedia ada tidak perlu diganggu. Dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh British juga mempengaruhi keadaan sedemikian.
Berdasarkan keapada sistem perhubungan yang sudah sedia ada di Malaysia sebelum getah ditanam di Tanah Melayu, sudah tentu keadaan sedemikian menjadi kepentingan kepada pengeluaran getah dunia. Saya katakan demikian kerana selepas penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896,  jalan raya telah dibina di bawah tanggungjawab Pengarah Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur. Selain pembinaan jalan raya, jalan kereta api juga telah lama wujud. Dengan adanya kemudahan infrastruktur ini, maka ia menjadi penting kerana secara tidak langsung memudahkan urusan menghubungkan kawasan-kawasan ladang-ladang getah dan memudahkan lagi proses pengumpulan getah ke pelabuhan. Kawasan jalan raya lebih tertumpu kepada menghubungkan antara satu ibu negeri dengan ibu negeri yang lain. Manakala  jalan kereta api pula dibina kebanyakkannya tertumpu kepada menghubungkan kawasan ladang-ladang-ladang getah dan lombong-lombong bijih timah ke pelabuhan. Contohnya jalan kereta api pertama dibina pada tahun 1885 oleh Sir Hugh Low yang menghubungkan Taiping ke Port Welth.
Sejak tahun 1876, perkhidmatan telefon dan telegraf telah wujud dengan menghubungkan pejabat Residen British di Kuala Kangsar dengan pejabat Penolong Residen di Taiping. Dengan adanya kemudahan ini, segala perhubungan dapat dilakukan dengan pantas dan keadaan ini menjadi pendorong kepada penanaman getah di Tanah Melayu. Selain daripada itu, kemudahan ini juga memudahkan kerajaan British berhubung dengan dunia luar. Pada tahun 1869, banyak syarikat perkapalan telah ditubuhkan berikutan dengan pembukaan Terusan Suez. Akibat daripada perkembangan ini, kegiatan perdagangan di Singapura dan Pulau Pinang  semakin menggalakkan.Kemudian beberapa pelabuhan baru telah dibuka untuk mengendalikan perdagangan dalam negeri seperti Port Welth, Telok Anson, Port Swettenham, dan Port Dickson yang merupakan pelabuhan kereta api meghubungkannya dengan pusat-pusat perlombongan bijih timah dan ladang-ladang getah. Pelabuhan-pelabuhan tersebut juga dilengkapi oleh pangkalan. Antara keempat-empat pelabuhan ini, Port Swettenham muncul sebagai sebuah pelabuhan yang penting. 
Undang-Undang Tanah yang liberal telah membolehkan pelabur-pelabur asing memiliki tanah untuk penanaman getah. Sistem pengukuran tanah yang tepat dan jelas telah menamatkan pertikaian kawasan merebut tanah, khususnya tanah penanaman getah. Keadaan yang tenteram membolehkan para pengusaha mengembangkan perusahaannya dengan bersungguh-sungguh tanpa merisaukan berlakunya peristiwa huru-hara. Kerajaan British telah berjaya membatalkan hak milik tanah oleh pembesar-pembesar. Tanah menjadi hak kerajaan dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk menanam getah. Pada tahun 1896, undang-undang yang berkaitan dengan penerokaan tanah untuk tanaman getah telah dilaksanakan. Mulai tahun 1897, cukai ke atas tanah yang ditanam dengan getah hanya sebanyak 10¢ (sen) seekar bagi 10 tahun pertama. Selepas tempoh tersebut, cukai tanah yang dikenakan hanya 50¢ (sen) seekar setahun. Cukai yang dikenakan ke atas getah pula hanya sebanyak 2.5% bagi tempoh 15 tahun pertama. Selepas tempoh itu, cukai yang dikenakan untuk getah tidak melebihi 5% setahun. Selain itu, mereka yang meneroka tanah untuk tanaman getah diberi hak milik kekal. Keadaan sedemikian sudah tentu menjadi kepentingan dalam pengeluaran getah antarabangsa kerana apabila lebih banyak getah ditanam, maka lebih banyak hasil yang akan diperoleh daripada setiap penanaman getah.
Selepas tahun 1920, harga getah sudah mula tidak stabil dan sentiasa berlakunya pola harga yang naik nurun. Pada satu ketika,  harga getah pernah merundum sehingga 20 sen per paun. Berdasarkan jadual kuantitikasi, purata harga pada getah di pasaran London hanya berjumlah 1 syiling 11  pence per pound pada tahun 1920 dan kemudian jatuh ke harga purata sebanyak 9 pence per pound pada tahun 1922. Keadaan sedemikian berlaku akibat daripada terhasilnya getah tiruan di Amarika Syarikat. Getah tiruan diperkenalkan sebagai pilihan lain bagi menggantikan getah asli yang terputusnya bekalan akibat daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Getah tiruan menjadi saingan utama kepada pengeluaran getah asli dan memberi kesan kepada negara-negara pengeluar, termasuk Tanah Melayu yang merupakan antara pengeluar utama getah dunia. Akibat daripada kejatuhan harga getah, British memperkenal satu skim sekatan pengeluaran getah yang dinamakan ‘Rancangan Sekatan Getah Stevenson’ yang diperkenal pada November 1922. Skim ini mengenakan sekatan getah dengan bertujuan untuk meningkatkan harga dan menstabilkan harga getah. Kira-kira sebanyak 54 sen sepaun distabilkan dengan mengenakan kouta sebanyak 60% daripada jumlah pengeluaran pada tahun 1920. Setiap jumlah yang melebihi kouta akan dikenakan cukai larangan eksport larangan. Pengeluaran juga dikawal dengan cara mengurangkan hari penorehan. Pengenalan kepada sistem kupon bagi menentukan jumlah jualan getah oleh pekebun-pekebun kecil mula diwujudkan. Pengenalan kepada sistem ini adalah disebabkan penenaman getah oleh pekebun-pekebun kecil sukar dikawal. Tetapi rancangan sekatan getah ini tidak berjaya kerana tidak disertai oleh negara-negara pengeluaran getah yang lain khususnya Hindia Timur Belanda (Indonesia). Akibat daripada kegagalan usaha ini, Rancangan Sekatan Stevenson dibatalkan pada tahun 1928. Tanah Melayu telah menghadapi kerugian akibat daripada kekurangan pengeluaran getah. Kerugian merosot daripada 70% pada tahun 1921 kepada  52% pada tahun 1928.  Negara yang tidak menyertai Rancangan Sekatan Stevenson ini mendapat keuntungan apabila harga getah menunjukkan sedikit peningkatan. Kesannya, Hindia Timur Belanda telah mencatatkan peningkatan pengeluaran daripada 20%  ke 40%. Selepas Rancangan Sekatan Stevenson dihentikan, jumlah pengeluaran getah mampu menunjukkan peningkatan walaupun harga getah masih berada pada paras yang rendah.
Seterusnya, dalam buku Barbara Watson Andaya dan leonard Y. Andaya  menjelaskan pada tahun 1920 industri getah mengalami zaman kemerosotan dan kebanyakkan syarikat Eropah tidak dapat menutup perbelanjaan mereka. Oleh itu, Skim Stevenson yang meliputi bidang antarabangsa terutama ditujukan bagi melindungi modal Eropah dalam syarikat-syarikat getah Di Tanah Melayu, Borneo, Hidia Timur. Satu akibat yang serius dari skim ini ialah menjejaskan para pembeli Amerika dalam industri motor yang baru sahaja pulih sesudah kemelesetan berikutan Perang Dunia Pertama. Oleh itu, para pembeli Amerika mula mempelbagaikan sumber-sumber getahnya. Seterusnya usaha-usaha dibuat untuk menggunakan getah asli secara ekonomi dan industrimenggunakan semula getah mula ditubuhkan.
Masalah-masalah yang dialami oleh industri getah kekal tidak membantu semasa zaman kemelesetan pada awal tahun 1930-an. Pada tahun 1934 satu perjanjian antarabangsa mengenai peraturan getah telah ditandatangani oleh Negara pengeluaran getah di Asia Tenggara megehadkan pengeluaran dengan kuota yang ditetapkan bagi setiap negara untuk tempoh permulaan selama empat tahun. Perjanjian baru ini banyak menyakitkan hati pekebun kecil . Hal        ini disebabkan oleh, pekebun kecil lebih berkembang pesat dari ladang-ladang besar. Bagaimanapun industri getah kekal dan pada tahun 1941 pohon-pohon banyak mengeluarkan susu , penggunaan baja dan jentera di ladang-ladang serta kaedah-kaedah baru menyimpan dan memekatkan susu getah menjamin masa depan getah yang lebih makmur.
Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, terdapat juga kerosokan kepada pokok-pokok getah serta kelengkapan ladang , tetapi pada tahun 1946 pengeluaran getah di Tanah Melayu meningkat meskipun menghadapi kesulitan semasa darurat pengeluaran getah masih pada tahap yang tinggi. Bagaimanapun industri getah tidak lagi menarik kepada pelabur barat seperti pada abad ke-20. Trauma yang dialami semasa zaman pendudukan Jepun kebimbangan yang ditempuh semasa darurat akhirnya menjadi keadaan tidak tentu berikutnya tertubuhnya negeri tanah melayu yang merdeka menimbulkan keraguan mengenai masa depan Tanah Melayu. Tambahan pula pengeluaran getah sintetik telah meluas dengan cepat namun permintaan terhadap getah asli masih lagi mendapat pasaran yang baik kerana kekuatan tahan carik, daya kenyak dan sebagainya menjadikan getah asli disukai berbanding dengan getah sintetik. Semasa  Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 getah masih merupakan salah satu barang eksport yang utama.

PEMBANGUNAN EKONOMI DI BORNEO UTARA DAN SARAWAK
            Di Borneo Utara, pengalaman awal ekonomi tanah melayu diulangi pada peringkat lebih kecil seperti perusahaan gula, ubi kayu, candu, sutera, kacang soya, dan sebagainya dalam kurun ke-19. Kopi juga ditanam tetapi dengan cara teragak-agak kemudian ditinggalkan sementara kejayaan penanaman lada hitam dan gambir pada peringkat awal beransur merosot dengan munculnya industri getah pada kurun ke-20. Hanya tembakau sahaja yang merupakan tanaman eksport yang terbukti berhasil secara komersial pada kurun ke-19, tetapi menjelang 1891, kerajaan Amerika telah mengenakan tarif untuk melindungi industri tembakaunya sendiri dan ini memulakan kemerosotan tembakau di Borneo Utara.
            Namun begitu, pada tahun-tahun awal British North Borneo Company bukanlah tanaman-tanaman asing ini yang berhasil bahkan hasil-hasil asli Borneo sendiri yang menjadi akar tunjang ekonomi Boeneo Utara seperti sarang burung layang-layang. Sarang burung layang-layang ini digunakan dalam hidangan intimewa bagi orang cina yang unik iaitu sup sarang burung dimana sarang burung tersebut dipungut dengan sistematik secara kontrak dari beberapa buah gua di pantai barat dan timur lalu sarang tersebut dihantar ke Hong Kong. Manakala hasil hutan belantara seperti rotan, getah perca dan damar dihantar ke Singapura. Namun begitu, hasil Borneo Utara yang paling berjaya ialah kayu balak yang dihantar ke Australia buat pertama kalinya pada bulan Februari tahun 1885. Industri balak berkembang dengan pesat dalam dekad retakhir kurun ke-19, didorong oleh permintaan kayu landas untuk menyangga landasan keretapi bagi peluasan perkhidmatan keretapi di China. Pada tahun 1920 sebuah syarikat raksasa yang baru telah muncul, dibiayai pada permulaannya oleh Harrisons & Crosfield, yang diberi nama British Borneo Timber Company . Dimana syarikat ini telah mendapat monopoli untuk 25 tahun menebang pokok balak di tanah negeri dan mengeluarkan modal yang diperlukan bagi peluasan perdagangan balak. Menjelang tahun 1937, eksport padu kayu balak mencapai angka 178 000 meter padu, dan Sandakan menjadi satu antara beberapa buah pelabuhan balak yang penting didunia.
            Akan tetapi peluasan industri ini dijalankan tanpa menghiraukan keperluan pemuliharaan, meskipun banyak kemajuan telah dicapai oleh Jabatan hutan  Borneo Utara serta dengan bantuan Institut Penyelidikan Hutan Malaya yang telah dapat meningkatkan kepakaran dalam bidang pemeliharaan hutan dan pentadbiran, jabatan itu tidak berjaya menghalang perbuatan umum membalak secara membabi buta dalam sesebuah hutan. Tidak lama selepas Perang Dunia ke-2, pembangunan di negeri Jepun telah menimbulkan permintaan yang tinggi terhadap kayu balak,  keadaan ini menyebabkan beberapa syarikat baru telah dibenarkan memasuki apa yang dahulunya dianggap sebagai wilayah takluk British Borneo Timber Company, menambahkan lagi kawasan yang akan ditebang untuk balak menjelang tahun 1961, kayu balak telah melangkaui getah sebagai sumber pendapatan eksport utama negeri.
Dalam pertengahan pertama kurun ke-20, getah menguasai bidang ekonomi di Borneo Utara. Sungguhpun pokok getah hanya sampai pada tahun 1882, seperti juga di Tanah Melayu, pokok getah mengambil masa sebelum diterima umum sebagai tanaman komersial yang dapat hidup sendiri. Menjelang awal kurun yang berikutnya, semakin ternyatalah kepada orang ramai bahawa getah mempunyai masa depan yang teguh terutama dalam bidang pengangkutan dan komunikasi. Kawasan –kawasan yang luas yang dihubungi jalan kereta api ke bahagian pantai telah ditanami tanaman baru itu.
Pembangunan ekonomi Sarawak nampaknya tersekat oleh falsafah peribadi Raja-raja Putih yang menganggap pengekalan cara hidup tempatan sebagai satu amanah suci. Menjelang awal kurun ke-20, hasil cukai didapati terutamanya dari cukai antimony dan dari pajakan candu, arak, dan pajak gadai. Selain itu, percubaan memperkenalkan tembakau, teh, tebu dan kopi sebagai tanaman komersial juga dilakukan tetapi tidak begitu berhasil. Gambir dan lada hitam juga telah dimajukan pada suatu ketika oleh petani-petani Cina namun tidak juga mendapat tempat yang baik dalam ekonomi Sarawak. Minyak juga telah dijumpai di Miri pada tahun 1895, yang terus menjadi sumber hasil pendapatan negeri sehingga masa tercetusnya perang dunia kedua. Arang batu dan merkuri merupakan eksport mineral yang penting pada penghujung kurun ke-19 dan kemudian merosot kedudukannya dengan pertumbuhan industri getah dan kayu balak. Mengepalai semua kegiatan ekonomi pada masa itu ialah Borneo Company, satu-satunya firma komersial Barat yang diperkenalkan oleh Charles Brooke bagi menjalankan perniaagaan di Sarawak. Syarikat itu mengalami kerugian besar pada kerun ke-19, tetapi secara berunsur-unsur telah berjaya mendapat keuntungan sederhana sehingga tahun 1941 tanpa menjejaskan konsep Raja-raja Putih tentang peranannya sebagai pelindung budaya tempatan.
Di kedua-dua negeri Borneo Utara dan Sarawak, percubaan telah pun dibuat untuk mengadakan infrastruktur bagi meningkatkan lagi kemajuan ekonomi masing-masing. Bagaimanapun kerajaan di kedua-dua negeri itu tidak mendapat keyakinan yang sama atau sumber-sumber berbanding dengan pentadbiran colonial Inggeris di Tanah Melayu. Di Sarawak, falsafah pemerintahan yang dipegang oleh Raja-raja Putih itu menjadi satu faktor tambahan yang menentukan kecepatan serta takat pembangunan ekonominya.
Apabila berakhirnya pemerintahan kolonial pada tahun 1957, pemerintahan Inggeris telahpun mewariskan kepada Tanah Melayu yang merdeka ekonomi eksport yang mejadi punca iri hati negara-negara lain di Asia Tenggara. Melalui kerjasama antara kerajaan colonial dengan kepentingan dagangan Eropah dan China, Tanah Melayu telah berubah corak iaitu dari sebuah ekonomi yang berasaskan pertanian sara diri kepada ekonomi perdagangan yang menjadi barangan eksport bernilai tinggi dalam pasaran contohnya minyak, bijih timah dan getah.

Kegiatan ekonomi berasaskan perlombongan

Bijih Timah

Perlombongan bijih timah merupakan kegiatan ekonomi yang tertua di Tanah Melayu, iaitu sejak Kesultanan Melayu Melaka. Kegiatan perlombongan bijih timah telah berkembang dengan pesatnya setelah kehadiran penjajah dan pelabur Barat. Hal ini kerana kehadiran pihak Barat telah menguasai bidang perlombongan. Malahan Barat telah berjaya mewujudkan keamanan di Tanah Melayu. Kehadiran tenaga kerja imigran Cina dan keperluan bijih timah di pasaran antarabangsa menggalakkan permintaan yang tinggi terhadap galian tersebut. Perubahan kaedah perlombongan kepada cara moden, iaitu kapal korek telah berjaya memaksimumkan pengeluaran. Tanah Melayu telah menjadi pusat pengeluar bijih timah yang utama di dunia.
Sejak pertengahan abad ke-19, permintaan terhadap bijih timah telah meningkat, terutama di Eropah dan Amerika Syarikat. Hasil kemajuan teknologi peleburan timah telah meningkatkan penggunaan timah. Industri pengetinan telah meningkatkan penggunaan timah, contohnya tin untuk menyimpan makanan, minuman dan ubat-ubatan. Selain itu, peperangan di Eropah turut memerlukan bekalan timah untuk menghasilkan peluru. Dengan meningkatnya permintaan di pasaran dunia menyebabkan harga timah telah melambung tinggi. Oleh yang demikian, usaha untuk meningkatkan pengeluaran galian tersebut terus meningkat.

                                                                                     
 Faktor Perkembangan Bijih Timah

Peningkatan hasil perlombongan bijih di Tanah Melayu disebabkan oleh kemasukan tenaga buruh Cina yang murah dan mahir, terutama dalam kaedah pam kelikir, Dengan permintaan terhadap bijih timah di pasaran antarabangsa, British di Negeri-negeri Selat telah menggalakkan kemasukan orang Cina dari wilayah Kwangtung dan Fukien. Masalah kekurangan tenaga buruh telah dapat diatasi dengan kemasukan imigran Cina. Orang Cina turut memper­kenalkan roda air untuk mengatasi masalah banjir. Selain itu, terdapat juga kaedah lain yang diperkenalkan oleh pelombong Cina, iaitu menggunakan enjin wap untuk memaksimumkan pengeluaran dan mengelakkan banjir. Kehadiran orang Cina telah meningkatkan pengeluaran timah. Contohnya, pada tahun 1850 hanya 6500 tan bijih timah yang berjaya dilombong. Jumlah tesebut telah meningkat menjadi 50000 tan pada tahun 1904.
Kemasukan pemodal asing juga telah meningkatkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. Beberapa syarikat perlombongan asing seperti British dan Perancis telah menjalankan kegiatan mencari bijih timah. Kehadiran syarikat-syarikat Eropah telah memperkenalkan cara baru dalam industri perlombongan. Selain itu, syarikat asing memiliki modal yang banyak untuk menjalankan usaha mencari gali. Hal ini menggalakkan kehadiran para pelabur asing secara langsung untuk memajukan sektor perlombongan di Tanah Melayu. Menjelang tahun 1937, syarikat-syarikat Eropah telah berjaya menguasai 2/3 daripada pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. 
            Penggunaan kapal korek dalam perlombongan bijih timah telah menambahkan pengeluaran galian itu di Tanah Melayu. Kaedah tersebut berasal dari Australia. Kaedah ini mula digunakan di Tanah Melayu pada tahun 1912 oleh Syarikat Tin Dredging. Menjelang tahun 1929, terdapat kira-kira 105 buah kapal korek yang terdapat di Tanah Melayu. Kaedah penggunaan kapal korek lebih efesien kerana mampu mengeluarkan bijih yang banyak, selain dapat digunakan di kawasan yang berpaya. Penggunaan kapal korek membolehkan orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.

            Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan, khususnya pembinaan jalan raya dan jalan kereta api meningkatkan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Dengan adanya jalan pengangkutan tersebut, kerja-kerja penghantaran bijih ke kilang mahupun ke pelabuhan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Hal ini terbukti dengan pembinaan jalan perhubungan awal yang menghubungkan kawasan perlombongan dengan pelabuhan. Contohnya, pada 1885, jalan kereta api telah dibina untuk menghubungkan Taiping dengan Port Weld. Kemudian Kuala Lumpur ke Klang pada tahun 1886, dan pada 1894 menghubungkan Ipoh dengan Teluk Anson. Pembinaan jalan pengangkutan di Tanah Melayu telah berjaya menjana perkembangan ekonomi khususnya perlombongan bijih timah.

Penemuan kaedah melebur bijih timah yang lebih mudah telah menyebabkan perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Syarikat-syarikat telah menggunakan teknologi yang canggih untuk melebur timah. Mereka telah mendirikan kilang-kilang seperti di Singapura dan Butterworth. Antara syarikat yang menjalankan aktiviti melebur bijih ialah Straits Trading Company dan Syarikat Eastern Company. Syarikat yang terdapat di Tanah Melayu sememangnya pernah menjalankan aktiviti yang sama di negara lain seperti di Thailand, Indonesia, Myanmar dan sebagainya. Timah yang telah dilebur akan dijadikan jongkong timah dan lebih mudah untuk dieksport.
             Di samping itu, peningkatan kegiatan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu disebabkan oleh campur tangan British secara langsung dalam kegiatan tersebut. Selain itu, British telah menjalankan dasar campur tangan dalam hal ehwal politik di Negeri-negeri Melayu. Dengan penglibatan British di Tanah Melayu, keamanan akan dapat diwujudkan. Hal ini kerana British telah membentuk pasukan polis bagi membendung kekacauan yang ditimbulkan oleh kongsi gelap Cina dan perang saudara di Tanah Melayu. Banyak perubahan yang dilaksanakan oleh British untuk menjaga kepentingan mereka, seperti penggubalan undang-undang yang dilaksanakan melalui pengenalan Sistem Residen di Tanah Melayu.
            Seterusnya adalah disebabkan oleh perkembangan Revolusi Perusahaan di negara barat. Perkembangan Revolusi Perusahaan sejak awal abad ke-19 telah menyebabkan permintaan bijih timah oleh industri-industri di Eropah dan Amerika Syarikat meningkat lebih-lebih lagi selepas terciptanya teknologi mengetin makanan oleh Peter Durar dan Nicholas Appot pada tahun 1810. Permintaan bijih timah juga meningkat akibat dari berlakunya Perang Saudara Amerika pada tahun 1860-an di mana bijih timah diperlukan untuk mengetin makanan tentera yang terlibat dalam peperangan. Permintaan yang bertambah menyebabkan harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 pence pada tahun 1872. Harga yang meningkat telah menggalakkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. Permintaan terhadap bijih timah juga meningkat kerana bijih timah mempunyai kualiti-kualiti tertentu yang tidak terdapat pada logam-logam lain. Apabila bijih timah dicampurkan dengan logam lain, ianya akan menambahkan kegunaan logam tersebut.
Kemelesetan Perusahaan Bijih Timah Semasa 1929-1932
Pada zaman kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929-1932, perusahaan bijih timah telah terjejas. Harga bijih timah telah menjunam ke paras yang rendah akibat kekurangan permintaan di pasaran Eropah. Harganya merosot dari $2414 setan pada tahun 1926 kepada $1020 setan pada tahun 1931.
            Kemerosotan harga telah mengakibatkan pengangguran di kalangan pelombong-pelombong. Akibatnya, kerajaan telah menghantar pulang ramai pekerja ke negeri Cina. Misalnya, pada tahun 1931, kira-kira 10000 orang pekerja lombong dari Perak dihantar pulang ke negara China. Ramai lagi pulang secara sukarela. Banyak lombong bijih timah terpaksa ditutup. Oleh sebab itu, Kerajaan Tanah Melayu telah mengambil beberapa langkah untuk mengawal pengeluaran bijih timah. Sebagai contoh, pada tahun 1929, kerajaan tidak melayan permohonan baru bagi membuka lombong bijih timah baru dan menghadkan pengeluaran bijih timah atas dasar sukarela.
            Walau bagaimanapun, langkah-langkah tersebut tidak berkesan. Sebagai pengeluar bijih timah yang terbesar di dunia, Kerajaan Inggeris mencadangkan satu skim untuk mengawal harga dan pengeluaran bijih timah. Skim ini dipersetujui oleh negara-negara pengeluar bijih timah termasuk Bolivia, Nigeria dan Indonesia dan dilaksanakan menerusi Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa yang ditandatangani buat pertama kali pada tahun 1931 dan kemudian pada tahun-tahun 1934 dan 1937. Menurut perjanjian ini negara pengeluar ditetapkan kuota pengeluarannya. Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ini telah berjaya mengukuhkan harga bijih timah.

Perusahaan Bijih Timah Semasa dan Selepas Perang Dunia Kedua
Perusahaan bijih timah semakin merosot pada zaman pendudukan Jepun (1942-1945). Perusahaan ini merosot adalah disebabkan oleh pihak Inggeris yang telah memusnahkan lombong bijih timah dan peralatan lain seperti kapal korek sebelum berundur ke Singapura.
Selain itu, pengeksport an bijih timah ke pasaran dunia juga  telah terganggu ekoran daripada hubungan dengan dunia luar telah terputus. Seterusnya  akibat daripada peperangan  ini juga permintaan terhadap bijih timah di pasaran dunia  ini juga telah mengalami kemerosotan ekoran
negara-negara perindustrian turut terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Sekatan yang dilakukan oleh pihak  Jepun seperti  menyekat pengeluaran dan pengeksportan bijih timah dengan memusnahkan lombong-lombong dan peralatan melombong juga telah menjejaskan permintaan bijih timah di pasaran dunia.Peristiwa kemerosotan pengeluaran bijih timah amat ketara pada tahun 1945. Pengeluaran bijih timah pada tahun 1941 ialah 79000 tan tetapi telah merosot kepada 3000 tan pada tahun 1945.
            Keadaan perusahaan bijih timah telah berubah selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Sejak tahun 1946, harga bijih timah turun naik akibat permintaan yang tetap di seluruh dunia. Oleh itu, pengeluar-pengeluar bijih timah utama telah menandatangani Perjanjian Timah Antarabangsa pada tahun 1956. Perjanjian ini bertujuan menghadkan pengeluaran dan menstabilkan harga bijih timah.
Kesimpulannya, kemajuan yang dicapai dalam sektor perlombongan bijih timah di Tanah Melayu telah meningkatkan ekonomi secara keseluruhannya. Tidak dapat dinafikan bahawa perlombongan bijih timah telah membangunkan Tanah Melayu. Kegiatan perlombongan bijih timah berkembang dengan pesat akibat daripada penglibatan para pelabur asing. Mereka telah mengeksport bijih timah ke Eropah untuk keperluan industri. Keperluan terhadap bijih timah dalam revolusi perindustrian di Eropah telah meningkatkan permintaan terhadap bahan galian tersebut. Teknologi perlombongan dan peleburan bijih timah telah meningkatkan pengeluaran galian tersebut. Pemodal asing telah memperkenalkan kaedah perlombongan yang lebih sistematik seperti kapal korek. Malahan penghijrahan orang Cina turut menjadi pemangkin ke arah peningkatan hasil keluaran bijih timah. Dengan ini, kemajuan ekonomi Tanah Melayu turut berkembang pesat pada abad ke-20.

Bauksit
Disamping perusahaan bijih timah, aktiviti perlombongan berasaskan bauksit turut dijalankan di Malaysia. Di Tanah Melayu perusahaan bauksit mula diperkenalkan di tenggara Johor iaitu di Teluk Rumania dan Muar, Johor. Teluk Rumania merupakan kawasan pekan perlombongan bauksit yang terletak di Pangerang, tenggara Johor, Malaysia dan mengadap Laut China Selatan. Perlombongan bauksit merupakan perusahaan cari gali hasil bumi yang paling awal pernah diusahakan di sini. Syarikat pertama yang menjalankan usaha cari gali dan kemudiaannya mengusahakannya merupakan sebuah syarikat dari Jepun dikenali sebagai Syarikat Nippon Kanji Kaisha pada tahun 1918. Syarikat tersebut terus menjalankan kerja-kerja melombong sehingga tahun 1931 sebelum diambil alih oleh sebuah syarikat lain dari negara matahari terbit itu. Di Sarawak, galian bauksit dijumpai pada tahun 1949 di Semantan dan merupakan pengeluaran eksport  utama sejak tahun 1959 menggantikan petroleum yang semakin merosot. Pada tahun 1955, Syarikat Semantan Bauksit Berhad mula beroperasi. Syarikat tersebut memulakan pengeluarannya tiga tahun kemudian sebanyak 99 930 tan. Kira-kira 200 orang pekerja terlibat dalam pengeluaran bauksit. Nilai eksport bauksit pada tahun 1958 ialah $1 836 780  berbanding dengan $3.3 juta pada tahun 1959, $4.99 juta pada tahun 1960 dan $5.55 juta pada tahun 1961. Perusahaan bauksit penting kerana dapat dijadikan logam untuk membuat tin aluminium serta badan kenderaan.
Arang Batu
Perusahaan arang batu di Tanah Melayu mula diperkenalkan di Batu Arang, Selangor. Batu Arang dahulunya merupakan sebuah bandar perlombongan arang batu  sebelum Perang Dunia Kedua hingga tahun 1960-an. Arang batu menjadi bahan bakar selain arang kayu dan kayu api. Ketika itu, Tanah Melayu tidak ada petroleum mahupun gas asli. Arang batu digunakan bagi menggerakkan kereta api sebagaimana diEngland.Syarikat Malayan Collieries Ltd yang ditubuhkan pada Jun 1913 oleh John Archibald Russel.Kerja-kerja perlombongan melibatkan 5000 orang buruh dan dibahagikan kepada 3 shif. Ketika itu arang batu turut dilombong di Enggor,Perak. Arang batu dilombong dengan mengorek lubang atau terowong di dalam tanah secara berperingkat-peringkat dan berlapis-lapis. Kaedah perlombongan ini amat berbahaya kerana tiang kayu sokongan mudah patah dan tanah akan runtuh. Pelombong akan terperangkap di dalam terowong, sesak nafas dalam gelap tanpa bekalan oksigen dan meninggal dunia.Pada 1908, Haji Abdul Hadi dari Rantau Panjang , Batang Berjuntai dikatakan pelombong pertama arang batu di sini. 1910, Sekretariat Persekutuan telah mengarahkan J.B Searveno membuat kaji selidik mengenai penemuan arang batu.Malayan Collieries Ltd mengusahakan lombong ini dari 1915-1960 selama 47 tahun. Jumlah pengeluaran ialah 15,566,143 tan metrik.
Semasa pemerintahan James Brooke di Sarawak iaitu, arang batu telah ditemui dalam tahun1840 dan sebanyak 500 tan telah dikeluarkan. Pengeluaran terus meningkat kepada 2600 tan pada tahun 1881 dan mencapai tahap tertinggi iaitu sebanyak 31 390 tan pada tahun 1898. Jalan kereta api telah dibina untuk mengangkut arang batu ke pangkalan Sungai Sadong untuk dibekalkan kepada kapal-kapal perdagangan yang berulang alik dari Eropah ke Asia dan Australia. Di antara tahun 1874 dengan 1931 dianggarkan 1 juta tan telah dilombong di Sadong. Sebanyak 87% daripadanya telah dieksport.
EMAS
            Perlombongan emas telah dijalankan di Malaysia sejak dari zaman primitif lagi dimana pada masa itu, Pahang merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan penghasilan emas oleh sebab itu, orang perempuan kaya-kaya telah menjadikan emas sebagai barangan perhiasan bagi mereka. Beberapa kurun yang lalu, diselising, yang terletak berdekatan dengan Sungai Jelai di Pahang dimana bekas-bekas lombong emas yang dikerjakan oleh orang melayu masih jelas kelihatan. Sungguhpun, emas telah dilombong di tanah melayu sejak beberapa kurun yang lalu, tanah melayu sebenarnya tidak mempunyai simpanan emas yang banyak jika dibandingkan dengan bijih timah, bijih besi dan lain-lain lagi. Oleh kerana banyak emas yang terdapat diPahang. Orang-orang melayu pada masa tersebut melombong emas menggunakan teknik melampan atau mendulang.
            Selain orang melayu, orang china juga melombong emas  keadaan ini berlaku setelah tersebar berita mengenai kekayaan emas di Pahang oleh itu mereka telah berpindah ke Pahang untuk melombong. Antara sebab mengapa pihak Barat dapat mengeksploitasi kegiatan perlombongan bijih timah ini adalah kerana mereka menggunakan tenaga buruh yang minima dan memaksimakan alatan lombong yang moden. Selain itu juga pihak barat mempunyai modal yang banyak dan besar boleh menguasai lombongan selain daripada menggunakan teknik lombong dedah juga telah memudah kegiatan melombong emas dilakukan. Pihak Barat juga berminat dengan emas kerana dipercayai emas mempunyai nilai yang tinggi dan dapat memberikan keuntungan yang banyak kepada mereka. Kesan dari penjajahan British ke atas tanah melayu menyaksikan hampir semua emas negara telah dikorek habis habisan oleh penjajah seperti bekas-bekas lombong di Jeli, Gua Musang dan Tanah Merah, Kelantan yang kini menjadi lombong mati.
            Perlombongan emas bermula dengan kedatangan kaum Cina ke Daerah Bau. Kedatangan kira-kira 700 tenaga kerja telah meningkatkan lagi hasil emas di situ. Sehingga tahun 1840-an pengeluaran purata emas dianggarkan 7,000 pauns setahun. Penglibatan Syarikat Berneo dalam perlombongan emas pada tahun 1896 telah meningkatkan eksport emas dari 984 auns pada tahun 1898 kepada 24,192 dalam tahun 1899. Sehinnga tahun 1921 nilai eksport terkumpul ialah $26 juta ( 1 auns emas halus). Dalam tahun 1930-an pengeluaran dianggarkan 28,000 auns setahun tetapi telah merosot kepada 1,000 auns setahun pada tahun-tahun 1950-an.


KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dalam perbincanagan ini telah merangkumi perbandingan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi Malaysia Barat dan juga Malaysia Timur serta ekonomi di Sabah dan juga di Sarawak. Terdapat pelbagai huraian yang telah dibuat berdasarkan beberapa aspek yang menyokong setiap hujahan yang telah dijelaskan. Secara umumnya terdapat pelbagai perbezan dari sudut positif dan negatifnya dalam perbincangan ini. Secara amnya perkembangan ekonomi sepanjang zaman Kolonial telah banyak membantu negara khususnya dalam pembentukkan struktur ekonomi yang ada pada hari ini. Kesinambungan yang berterusan telah memberikan manfaat kepada penduduk Malaysia khususnya. Meskipun terdapat pelbagai cabaran dalam memajukan sektor ekonomi ini namun semua masalah berjaya di selesaikan dengan baik. Seharusnya kita sebagai generasi penyambung warisan sepatutnya mengekalkan tradisi ini bagi menjamin generasi yang akan datang dalam meningkatkan lagi ekonomi negara. Hal ini kerana, kukuhnya ekonomi sesebuah negara maka akan stabil setiap perancangannya untuk masa hadapan. Justeru itu, semua rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada dan miliki sekarang.